3 Cara Mudah Students Boleh Buat Duit

Adakah anda seorang pelajar universiti, politeknik ataupun kolej komuniti?

Kini majoriti golongan belia berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat IPT. Tahniah diucapkan.

Tetapi!

Walaupun kita belajar sehingga ke menara gading. Duit juga akan melangit digunakan. Betul tidak?

“The higher we studies, the higher the bills”

124
“Fuh! Pening kepala otak aku macam mana nak cari duit.”

Okay itu yang berhati mulia, nak jana duit sebab tidak mahu susahkan ayah ibu bayar perbelanjaan belajar korang.

Kedua pula, ada juga yang nak gaya hidup mewah. Yela, nak tunjukkanlah yang kita ni berduit. Pakai handphone mahal, Iphone X gitu.

1124

Lagi merecik kalau boleh nak pakai kereta! Myvi ke Honda Jazz ke! Baru awek terliur nak ke kita!

Jadi macam mana nak buat duit ni?

Susah ke? Berbaloi ke?

Haa bak kata orang Kelantan

“No Efforts No Golds”

Jadi admin akan kongsikan 10 cara bagaimana students IPT di Malaysia boleh jana side income ratusan sehingga ribuan ringgit sebulan!

1. FIVERR

fiver

Mesti ada dalam kalangan korang yang pandai reka grafik, lukis logo, buat website ke kan?

“Ala admin, saya tak reti apa apa macam mana?”

Jangan risau, Fiverr ni merupakan satu platform global yang mana korang boleh jual perkhidmatan apa apa sahaja yang korang rasa bernilai.

Contoh macam korang pandai tarian raver then korang nak buat kelas online cara menari raver. Ha gitu!

Screenshot (28)
Senarai bidang perkhidmatan yang korang boleh jual.

Bagaimana caranya?

Okay selepas korang daftar akaun di Fiverr. Korang sebagai seller akan post job yang korang nak buat iaitu dipanggil gig.

Gig yang dipost tu janganlah terlalu mahal servisnya. Pada peringkat awal boleh letak dalam range 3$-5$ per services.

Sabar! Itu sebagai cara nak dapatkan rating dan naikkan trust cust pada korang tu.

Lepas dah dapat banyak positif komen dan rating yang bagus. Barulah korang boleh bina brand sendiri dan harga yang menarik.

 

Tips untuk beginners

  1. Pastikan perkhidmatan korang sedia tu yang high demand macam urus digital marketing, video animations ke. Buat la research dulu mana yang laku.
  2. Beri perhatian pada tajuk gig anda. Pastikan ianya menarik bila dibaca dan boleh memancing kepercayaan.
  3. Harga perkhidmatan tu pastikan bawah market value. Jangan terlalu mahal. Dahla rating takda pastu jual mahal mahal, siapa nak beli!. Tapi jangan terlalu murah pula, nanti customers takda trust kat kita pula ingat kita memain je.
  4. Pastikan balas inquiries customers secepat mungkin. Jangan bagi pelanggan kita tunggu. Sebab apa, kang dia lari pi orang lain, pada muka.
  5. Pastikan servis kita berkualiti. Bukan sahaja produk kita tetapi layanan kita. Pastikan mereka selesa dan kita buat seperti apa yang mereka nak bukan yang kita nak. Selepas kita tunaikan apa yang diminta oleh pelanggan. Masa akan diberi selama 3 hari untuk pelanggan menilai dan membuat sebarang penambahbaikan terhadap servis kita itu. Lepas tu baru boleh dapat duit. Yeah!
  6. Jangan sesekali cakap “tak boleh” pada customers. Buat apa sahaja yang mereka minta pada servis anda. Ingat! “Customers always right!”.
  7. Akhir sekali, set mind korang, jangan terlalu fokus pada duit. Utamakan kualiti dan layanan yang memuaskan. Duit tu datang kemudian.

 

Kaedah Pembayaran

Ok baiklah dah setel semuanya di atas, nak dapat duit pula.

Fiverr akan bayar kepada kita melalui dua cara iaitu:

  1. PayPal
  2. Payoneer

Admin cadang korang buatlah akaun PayPal, senang je. Then boleh terus withdraw ke akaun bank anda.

 

Kelebihan

Mudah je kan?

Kelebihan Fiverr ni:

  1. Jadual kerjanya fleksibel.
  2. Korang akan dibayar dengan rate USD wow!.
  3. Boleh jana duit dengan banyak lebih daripada gaji guru!
  4. Income yang stabil (lepas rating tinggi).
  5. Brand sendiri, bina jenama sendiri.
  6. Hanya kerja didepan laptop, ditempat anda sendiri!
  7. YANG PENTING, percuma! takda caj apa apa pun nak mula.

Pada peringkat global, ramai orang yang bergantung menjadi freelancer untuk menyara kehidupan. Jangan hairan pendapatan mereka boleh mencecah ribuan dollars. Dimana mereka bermula? Sudah semestinya di Fiverr.

 

2. UserTesting

usertesting-logo-large.png

Korang nak tak dibayar sebanyak $10 setiap kali selesaikan satu tugas dalam masa 20 minit sahaja. Gila taknak! RM40 tu!

Baru satu.

Kalau 50 tugasan dalam masa 16 jam? Mau dekat RM2000 korang dibayar hanya dengan bercakap sahaja!

Haa! korang yang mengaji tinggi-tinggi, MUET pun band 6, tugas ini sesuai buat korang. UserTesting merupakan satu platform untuk korang jadi tester dan review kepada Website atau Apps yang telah dihasilkan.

 

Bagaimana Nak Mulakan?

  1. First korang kena ada kemahiran berbahasa Inggeris lagi molek kalau fluently.
  2. Korang perlu ada komputer, internet yang laju, microphone, boleh download apps rekod skrin dan berusia 18 tahun.
  3. Buat akaun di UserTesting. Tunggu emel daripada pihak UserTesting.
  4. Kemudian perlu lalui ujian yang diberikan supaya kita layak menjadi salah seorang tester mereka.
  5. Senang sahaja, download aplikasi yang disarankan, kemudian review website yang mereka berikan dalam masa 20 minit.
  6. Hantar dan tunggu kelayakan kita lulus atau tidak.

 

Tips!

  1. Semasa review minimakan masa mengkritik warna template, design web tersebut.
  2. Banyakkan bercakap tentang kelebihan yang anda dapat semasa menggunakan web tersebut.
  3. Tunjukkan dan bercakap tentang keunikkan web tersebut.
  4. Pastikan sentiasa bercakap dengan emosi yang pelbagai dalam masa 20 minit.
  5. Jangan berdiam terlalu lama.
  6. Bersedia mental untuk menerima kritikan dan sentiasa tingkatkan kemahiran diri.

 

Kaedah Pembayaran:

PayPal

 

Kelebihan:

1. Haa kelebihannya korang dibayar dengan $10 setiap job yang berdurasi 20 minit sahaja.

2. Peluang job yang banyak dan korang kena grab secepat mungkin.

3. Boleh meningkatkan kemahiran pertuturan English anda.

 

3. Foap

foap.jpg

 

 

 

 

 

Apakah itu Foap?

Adakah adik beradik sejenis soap?

Haha, sudah tentu bukan! Foap merupakan satu platform bagi penggemar tukang gambar. Sudah pasti korang ada handphone yang hebat-hebat dan mahal kan?

Apa kata korang manfaatkan kamera fon korang yang canggih tu dan tukarkan kepada duit?

Haa macam mana? Korang tangkap gambar then jual!

Mostly mereka yang jual gambar dalam Foap ni boleh jana pendapat dalam lingkungan $150-$2000 bergantung pada kemahiran photoshoot anda.

Gila kan!

 

Step nak mulakan

  1. Signup akaun pada Foap.
  2. Download apps Foap dalam Android atau IOS.
  3. Setiap kali korang rasa ada gambar yang lawa, upload ke dalam Foap dan letak tag yang korang rasa pelanggan akan tulis untuk carian gambar.

 

Tips untuk dapat pembeli

  1. Pastikan gambar yang diupload merupakan gambar high quality.
  2. Upload gambar untuk kegunaan bisnes. Ianya lebih laku. Contohnya pihak restoran akan beli gambar makanan atau gambar tukang masak dan sebagainya. Kreatif la sikit!
  3. Banyakkan upload gambar supaya peluang untuk pembeli beli gambar kita itu lebih tinggi
  4. Enjoy! jangan stress-stress. Ni kan hobi.

 

Kaedah Pembayaran:

Juga melalui PayPal

 

Apa yang korang yang tunggu lagi! Jom garab peluang ini dan isi masa sia sia anda dengan duit duit duit duit.

Semoga jumpa pada artikel akan datang!.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.